nuffnang ads

Powered by Blogger.

Friday 25 October 2013

Sijil Penghargaan Maths Clinic Daripada Smk Damai Perdana



Asalammualaikum dan hello u all mcster's..

Alhamdullilah kita masih lagi diberi nafas oleh yang maha esa,semoga apa yang kita lakukan 
pada hari jumaat yang mulia ini di berkati hendaknya..

Ok Admin just nak share gambar dibawah ini ye walau pun program ini dah berlalu
just admin bagi wakil Maths Clinic dengan rasa rendah hati dan gembira ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih bagi pihak warga pendidik,pelajar dan kakitangan SMK DAMAI PERDANA
kerana menganugerahkan Sijil Penghargaan kepada MATHS CLINIC diatas sumbangan untuk aktiviti sekolah sepanjang tahun 2013 dan kami berbesar hati sekiranya jalinan ukhwah ini dapat diteruskan sepanjang tahun..terima kasih daun keladi,harap sudi jemput MATHS CLINIC lagi.. 




( sesi penyerahan sijil )




( mr kamarul,guru besar smk damai perdana dan pengerusi pibg )

Friday 18 October 2013

Explorasi Gua Tempurung 2013



asalammualaikum dan hello mcster's
hari ini admin nak ceritakan sedikit tentang perancangan program explorasi gua tempurung nie.
ok difahamkan oleh abg long program ini masih lagi dalam perbincangan cuma admin nak cite sikit la,
apa yang pasti program ini 2hari 1malam dan tempat yang akan dilawati dan di nikmati seperti
muzium gopeng,gharu tea velly dan main event kita gua tempurung.
so admin nak tahu la berapa ramai yang nak pergi program nie.
jadi admin mohon sesiapa nak pergi pm kat maths clinic fan page facebook.





                                             

Main Event Gua Tempurung



Pandangan Dari Dalam Gua Tempurung


Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng Perak.
Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa.
Panjang gua ini mencapai 1.9km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.

Gua Tempurung terdiri daripada 5 kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa.
Dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalatit yang berbeza.
Dipertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk gergasi.

Tertulis dalam sejarah Malaysia,gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu
daripada 1950 hingga 1960,manakala semenjak daripada tahun 1970 gua Tempurung telah dijadikan lonbong bijih timah.




Pintu Gerbang Gaharu Tea Valley



Pemandangan Ladang Gaharu 


Gaharu Tea Valley terletak di kampung mukim padang gopeng.
menjanjikan satu panorama indah,mempunyai laluan seakan-akan Tembok Besar Cina.
boleh membeli cenderahati seperti minyak wangi,sebuk teh dan pelbagai cenderahati di sana.
tarikan utama pokok kekasih yang dikatakan mempunyai kisah mistik.
boleh juga mencuba minuman teh gaharu secara percuma.



Papan Tanda Muzium gopeng



Pemandangan Dalam muzium


Heritage House atau lebih dikenali sebagai Muzium gopeng telah dibuka pada tahun 2009.
dimiliki oleh orang tempatan gopeng.terdapat cenderahati dan tabung derma untuk pengunjung memberikan sumbangan seikhlas hati bagi tujuan memboleh kan muzium ini terus dibuka dan diperkembangkan lagi.

Antara yang dikongsikan di muzium ini adalah sejarah Gopeng bermula awal 1850-an.
Sumber hasil utama iaitu getah dan bijih timah,barangan antik dan lain-lain lagi barangan lama.
Bangunan Muzium Gopeng ini telah dibina lebih dari 100 tahun yang lalu.




Thursday 17 October 2013

Selamat hari Raya Haji 2013

Admin dan Kakitangan Maths Clinic Cheras Mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidiladha
Moga pengorbanan kita di rahmati oleh allah..
Amin..


Pantun Raya Korban

Beli tepung gandum di kedai Isabella,
Buat kuih bengkang di rumah cik Leha,
Patut la lembu ngan kerbau cuak gila,
Rupanya hari ini dah Raya Aidil Adha!


Pergi ke masjid bersama bapa,
Diajak bersama rakan dan taulan,
Selamat hari raya Aidil Adha,
Salah dan silap harap dimaafkan


Berhati-hati dijalan raya,
Biar lambat asalkan selamat,
Selamat Hari Raya Aidil Adha,
Kepada semua Muslimin & Muslimat


Muzik berkumandang rentak a go go,
Nona manis berbaju kebayo,
Korban harta mahupun tenago,
Taknak korban dah jangan beghayo!


Cari pengat sampai ke Sarawak,
Pengat dicari di kawasan pokan,
Den bizi masak ekau jangan nak melawak,
Kang kobau tak tumbang ekau den korbankan!




Sukaria di Hari Raya,
Orang Tua Jangan dilupa,
Jasa mereka sangat berharga,
Kalaulah tiada mereka siapalah kita…


Andai jemari tak sempat berjabat.
Jika raga tak bisa bersua.
Bila Ada kata membekas luka.
Semoga pintu maaf masih terbuka.


Apabila terjaga di pagi hari,
Lihat semua berlawa sakan,
Aidil adha berkunjung lagi,
Marilah sama kita raikan,







XPDC Gua Tempurung Perak 2013

Asalammualaikum and hello mcster's!!!
Ok boys and girls admin and abg long sedang dalam rangka kerja 
bagi program XPDC Gua Tempurung Bersama Maths Clinic
admin akan update lagi info berkenaan program ini...
so untuk sesiapa yang tak tahu pasal gua tempurung..apa yang boleh dilakukan di gua tempurung
saksikan video nie yang admin ambil dari youtube..jika ada sebarang komen atau cadangan,
 jangan malu-malu tulis aje di ruangan komen nie ye..

p/s:bagi program kembara sejarah malaysia di melaka mana ahli mcster's nak buat program nie,
dengan bff korang kat sekolah admin alu-alukan tapi harus di ingat program hanya akan dilakukan,
sekiranya satu kumpulan ada sekurang-kurangnya 20 orang ahli..

ok u all admin out dulu..tata..titi...tutu...

p/ss: bagi u all yang baru buka blog nie mesti dok tanya apa itu mcster's
ok admin nak bagi tau lah ye..mcster's tu singkatan untuk maths clinic friendster..huhuhuhu
so sesiapa ada panggilan lain boleh ketengahkan ye..jangan malu-malu..



menjelajah gua tempurung.

Wednesday 16 October 2013

Kembara Sejarah Malaysia Di Bumi Melaka 11-13 okt 2013


asalammualaikum and hello mcster's semua..ok hari ni admin nak share sikit,
 program XPDC Kembara Sejarah malaysia Di Melaka nie yang mana ia telah diadakan,
pada 11,12 dan 13 okt 2013 baru-baru nie seramai 13 orang.
 Peserta terdiri dari pelajar darjah 5,6 dan form 1 walau pun tidak mencapai sasaran tapi admin and crew berpuas hati dengan peserta ini yang rata-rata ingin memahami tentang sejarah melayu.

p/s: lepas nie program untuk form 3,4,5 tetapi kalau ada diantara anda yang nak buat xpdc kembara sejarah secara berkumpulan leh aje.mana la tahu ada yang nak buat xpdc melaka nie dengan kawan-kawan sekolah.. admin boleh bagi tahu abg long..


penat pun still cover macho


baru tiba di homestay kampung durian daun dalam
terus pergi ke restoran bagi sessi makan malam


amboi haus la tu sampai tak sempat makcik tu nak letak air

sessi pegkisahan sejarah secara santai


sedikit penerangan dari cikgu kamarul


ala kesian dia mengantuk la tu.

boys group dgn pose masing-masing


view dari luar rumah

ini lah homestay yang peserta tinggal berdekatan surau


homestay pihak pengurusan


van maths clinic yang rata-rata akan ditanya oleh penduduk melaka macam ini
"maths clinic nie kat melaka tak ada ke?"


sessi santai liga WWF selama 2jam sebelum tido..hahahaha!!!



day 2 bergambar sebelum sarapan pagi


sessi menunggu sarapan pagi 
menu orang melaka roti canai cicah kuah asam pedas
pelik kan???


peserta perempuan dengan pose control ayu


sarap time!!!(uik bahasa johor lak terkeluar)



makan pun masih control ayu


menara taming sari(gayat wooo!!!)


abg long a.k.a abg panda memberi sedikit taklimat 



penerangan lagi..lagi..lagi..dan lagi..



cuba menahan pesawat tudm dari terhempas(hahaha acah aje)



diorama jebat yang ditikam oleh tuah sedang di pangku oleh tuah sendiri
"tak hilang melayu di dunia" ungkapan hang tuah 





bergambar berlatar belakang istana melaka


beratur nak masuk boat untuk river cruse malam


masih menunggu giliran


bersedia untuk bergerak



abg haris ketua group lelaki



melaka peace yo!!!


pandangan depan boat


pandangan sekitar sungai melaka


pokok bakau yang masih ada di sungai melaka yang dijadikan salah satu warisan di bandar melaka


Thursday 10 October 2013

XPDC Kembara Sejarah Malaysia @ MELAKA


olaaa..hehehe just nak bagi tau aje kat u all yang admin dan adik-adik darjah 5,6 
akan ke melaka hari ini 11/10/13 sehingga 13/10/13 3hari 2malam 
 untuk program xpdc kembara sejarah malaysia 3h2m.

kami akan menginap di salah sebuah homestay di melaka..hehehe pasti best la nanti,
so yang lain jangan merajuk ok. Lepas nie admin akan buat program untuk form 3,4,5
selepas ini ye tungguuuuuuuu!!!!!pasti X-stream..

p/s : nak tengok gambar aktiviti kami tunggu admin balik dari melaka ye..
#sentaphatimaknakoiii..


Melaka Bandar Bersejarah


bandar melaka


 ( A famosa melaka )


( muzium merah melaka )


( day 2 night river cruse )

Wednesday 9 October 2013

Video Wish To All PMR Student @ Maths Clinic Btho



  
  ok mcster's siapa2 nak tengok video ucapan sila tekan sini..

Kenangan Seminar PMR 2013


asalammualaikum and hello mcster's(lebih kurang macam friendster la)
yeah..yeah..yeah..tau dah yang u all dah merdeka!!!(apa lagi jerit merdeka 3 x)
dah bebas dari kemelut pmrkan..tapi ingat jangan nak suka-suka..perjalanan masih jauh lagi..
tapi apa-apa pun abg admin wish u all the best ok 8A terus..

ok ini ada sedikit santapan mata u all dengan gambar yang tak seberapa nie
(maklum la banyak video dari gambar masa seminar nie) huhuhuhu...
harap terhibur ye..ok bye2..

p/s : sory gambar ada sedikit kurang memuaskan pasal camera problem..hehehe



(tengah berlatih nak jawab dengan wartawan kalau dapat 8A)


( merenung whiteboard sedalam-dalamnya )



( siapa dok hantar sms tu..pakwe ye!!??hehehe )



( cer korang buat dialong dengan gambar nie )




















































( i beli air kotak nie untuk u my love )


(iyoooowwwwlah!! alamak mengantuk la pulak!)


( balik nanti nak makan apa ye???mmmmm.)





mcster's with mr azha


memori 2013 form 3

 

Blogger news