nuffnang ads

Powered by Blogger.

Friday 18 October 2013

Explorasi Gua Tempurung 2013



asalammualaikum dan hello mcster's
hari ini admin nak ceritakan sedikit tentang perancangan program explorasi gua tempurung nie.
ok difahamkan oleh abg long program ini masih lagi dalam perbincangan cuma admin nak cite sikit la,
apa yang pasti program ini 2hari 1malam dan tempat yang akan dilawati dan di nikmati seperti
muzium gopeng,gharu tea velly dan main event kita gua tempurung.
so admin nak tahu la berapa ramai yang nak pergi program nie.
jadi admin mohon sesiapa nak pergi pm kat maths clinic fan page facebook.





                                             

Main Event Gua Tempurung



Pandangan Dari Dalam Gua Tempurung


Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng Perak.
Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa.
Panjang gua ini mencapai 1.9km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.

Gua Tempurung terdiri daripada 5 kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa.
Dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalatit yang berbeza.
Dipertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk gergasi.

Tertulis dalam sejarah Malaysia,gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu
daripada 1950 hingga 1960,manakala semenjak daripada tahun 1970 gua Tempurung telah dijadikan lonbong bijih timah.




Pintu Gerbang Gaharu Tea Valley



Pemandangan Ladang Gaharu 


Gaharu Tea Valley terletak di kampung mukim padang gopeng.
menjanjikan satu panorama indah,mempunyai laluan seakan-akan Tembok Besar Cina.
boleh membeli cenderahati seperti minyak wangi,sebuk teh dan pelbagai cenderahati di sana.
tarikan utama pokok kekasih yang dikatakan mempunyai kisah mistik.
boleh juga mencuba minuman teh gaharu secara percuma.



Papan Tanda Muzium gopeng



Pemandangan Dalam muzium


Heritage House atau lebih dikenali sebagai Muzium gopeng telah dibuka pada tahun 2009.
dimiliki oleh orang tempatan gopeng.terdapat cenderahati dan tabung derma untuk pengunjung memberikan sumbangan seikhlas hati bagi tujuan memboleh kan muzium ini terus dibuka dan diperkembangkan lagi.

Antara yang dikongsikan di muzium ini adalah sejarah Gopeng bermula awal 1850-an.
Sumber hasil utama iaitu getah dan bijih timah,barangan antik dan lain-lain lagi barangan lama.
Bangunan Muzium Gopeng ini telah dibina lebih dari 100 tahun yang lalu.




0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news